Mahkamah Perintah Suami Zahnita Direman Selama Tiga Hari

Trending

Mahkamah Perintah Suami Zahnita Direman Selama Tiga Hari

Mahkamah Majistret hari ini membenarkan perintah reman selama tiga hari bermula 3 Disember terhadap suami kepada bekas model dan pelakon, Zahnita Dorothy Hussein Wilson kerana menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Menurut Harian Metro, perintah reman dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Advertisement

Suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kuantan kira-kira jam 8.30 pagi dan selesai reman setengah jam kemudian.

Terdahulu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata Zahnita dicederakan oleh suaminya kerana ingin keluar dari rumah dan tinggal secara berasingan.

BACA: Ingin Keluar Rumah, Tinggal Berasingan Punca Zahnita Dikasari Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.