DJ Lin Menang Anugerah ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai’, Tetap Menjadi Pilihan Pendengar

Hiburan

DJ Lin Menang Anugerah ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai’, Tetap Menjadi Pilihan Pendengar

Penyampai radio Suria FM, DJ Lin dilaporkan sekali lagi merangkul anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai sempena acara Reader’s Digest Trusted Brands 2024, baru-baru ini.

Difahamkan, kemenangan itu adalah merupakan kali ke-4 berturut-turut buat penyampai radio wanita itu.

Advertisement

DJ LIn

Berikutan itu, DJ Lin tampil meluahkan rasa syukur dan menganggap anugerah tersebut sebagai pembakar semangat untuknya memberikan perkhidmatan terbaik buat pendengar.

Pengiktirafan ini sememangnya akan jadi penguat semangat dan inspirasi buat saya untuk terus memberi komitmen yang padu terhadap jenama Suria FM dan industri radio Malaysia.

Dia juga mengucapkan terima kasih buat keluarga, rakan media dan juga para peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan sepanjang penglibatannya dalam dunia penyiaran radio sejak tahun 1999.

Sekadar info, DJ Lin adalah merupakan Pengurus Besar Suria FM dan dia juga mengendalikan segmen Suria Cinta yang bersiaran setiap hari bermula pukul 8 malam hingga 1 pagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Azhar Sulaiman
2 months ago

"Macam S*al!" - Azhar Sulaiman Dikecam Kaitkan H*mas Dengan Serangan Gaza, Padahal Dah Berpuluh Tahun Diserang Zi*nis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...