Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Diugut Agar Dikecam Sehingga Mati, Caprice Mahu Libatkan Pihak Polis

Caprice

Meskipun sudah melakukan permohonan maaf secara terbuka kepada pihak yang terlibat gara-gara kekecohan yang dicetuskan penyanyi Caprice berkenaan pendedahan situasi sebenar di Gaza, Palestin, nampaknya isu tersebut masih berterusan sehingga ke hari ini.

Advertisement

Ini berikutan Caprice khabarnya telah diugut oleh seorang individu di Instagram di mana dia akan mengecam pemilik nama Ariz Ramli itu sehingga terdetik untuk membunuh diri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Caprice turut mendedahkan perkara tersebut di laman Instagramnya baru-baru ini.

Dalam hantaran tersebut, Caprice ada memuat naik tangkap layar kenyataan individu tersebut yang berbunyi, “Aku akan pastikan netizen hentam kau sampai kau rasa nak bunuh diri. Lagi bagus mati lagi baik.”

Mungkin terkejut dengan pernyataan tersebut, Caprice tampil memberi respon dan turut memberi pilihan kepada individu tersebut sama ada menggunakan cara kasar atau melibatkan pihak berkuasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

“Tak perlu ugut-ugut atau jaga-jaga @ejang94. Pilih satu cara @pdrmsia_official atau kasar? Dua-dua kita boleh uruskan walaupun kita tak sampai Kuala Lumpur lagi. Insya-Allah.”

Advertisement

Walau bagaimanapun, akaun individu terbabit kemudiannya ditukar kepada tetapan peribadi setelah didedahkan oleh Caprice.

Terdahulu, Caprice telah mencetuskan kekecohan di media sosial apabila dia mendakwa pasukan Ustaz Ebit Lew yang berada di Palestin untuk misi kemanusiaan dan bantuan telah mencemarkan imej negara Malaysia dengan perkara yang tidak sewajarnya dilakukan di sana.

Antaranya, kegiatan mengambil gambar dan merakam video ketika memberi bantuan secara keterlaluan sehingga menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan penduduk Palestin.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    July 21, 2021 at 9:08 pm

    La…x berubah lagi dia ni. Masalah ni pun berpunca dari dia jugak. And bdk yg msg die ni pun satu la. Biarkan jek org2 mcm Caprice ni. Balik jek la Malaysia Caprice oi. Allah x bg you msk sana lagi. Perbaiki perangai tu dulu. Buat umrah ke haji ke dulu. Cukup solat 5x sehari, puasa sunat, tunaikan zakat2. Then baru nk jihad kat sana. Jihad la dulu kat Malaysia. Ramai jugak org2 susah ni. Ke nk tggu influencer2 dr negara2 lain dtg tlg org2 dekat Malaysia lak? Jgn susahkan mak bpk yg dah tua tu oi!

  2. Proton

    July 21, 2021 at 3:15 pm

    Semoga baik-baik saja semuanya

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top