Dituduh Tak Suka Masak Sebab Dapur Bersih, Siti Elizad Tunjuk Bukti Suami Rajin Mengemas

Hiburan

Dituduh Tak Suka Masak Sebab Dapur Bersih, Siti Elizad Tunjuk Bukti Suami Rajin Mengemas

Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad baru-baru ini berkongsi video memasak bersama suami menerusi Instagram Story.

Dalam entri tersebut, dapat dilihat suami kepada Elizad, Shamsul Baharin sedang membantunya di dapur.

Advertisement

Pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu turut menjawab pertikaian netizen yang menuduhnya jarang memasak kerana dapur rumah yang dilihat dalam keadaan sangat bersih.

Yang selalu cakap dapur tak guna sebab tak kotor langsung, ini lah orangnya yang setiap kali habis masak, dia yang kemas lap-lap dapur.”

Dalam pada itu, Elizad juga sempat memuji sikap suaminya yang tidak pernah marah dan sering kali mengajarnya erti sabar.

Peneman hidup. Orang yang banyak ajar erti sabar, yang tak pernah marah.”

Sementara itu, Elizad juga menunjukkan penghargaan kepada suaminya dengan berterima kasih dan berharap agar teman hidupnya itu sentiasa membimbingnya untuk ke arah yang lebih baik.

Sebelum ini, Siti Elizad pernah dikritik netizen yang mendakwa dirinya sukar untuk menimang cahaya mata kerana terlalu sibuk bekerja.

Siti Elizad
1 year ago

"Baru Je Nak Lekat.." - Disuruh Duduk Rumah Je Agar Mudah Hamil, Siti Elizad Terkilan Mulut 'Pakcik Bawang'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...