Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad baru-baru ini berkongsi video memasak bersama suami menerusi Instagram Story.
Dalam entri tersebut, dapat dilihat suami kepada Elizad, Shamsul Baharin sedang membantunya di dapur.
Pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu turut menjawab pertikaian netizen yang menuduhnya jarang memasak kerana dapur rumah yang dilihat dalam keadaan sangat bersih.
Yang selalu cakap dapur tak guna sebab tak kotor langsung, ini lah orangnya yang setiap kali habis masak, dia yang kemas lap-lap dapur.”
Dalam pada itu, Elizad juga sempat memuji sikap suaminya yang tidak pernah marah dan sering kali mengajarnya erti sabar.
Peneman hidup. Orang yang banyak ajar erti sabar, yang tak pernah marah.”
Sementara itu, Elizad juga menunjukkan penghargaan kepada suaminya dengan berterima kasih dan berharap agar teman hidupnya itu sentiasa membimbingnya untuk ke arah yang lebih baik.
Sebelum ini, Siti Elizad pernah dikritik netizen yang mendakwa dirinya sukar untuk menimang cahaya mata kerana terlalu sibuk bekerja.