Dituduh Syirik & Minta Segera Bertaubat, Nora Danish Malas Nak Komen

Hiburan

Dituduh Syirik & Minta Segera Bertaubat, Nora Danish Malas Nak Komen

Gara-gara memuat naik satu sedutan babak lakonan dalam sebuah projek drama memaparkan majlis perkahwinan kaum India, pelakon Nora Danish berdepan dengan kecaman dari netizen yang menuduh dirinya syirik serta diminta segera bertaubat.

Menerusi video yang dikongsikan di dalam Instagramnya itu, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hani dilihat menyertai majlis perkahwinan yang memaparkan pengantin sedang kelilingi ‘api suci’.

Advertisement

Biarpun tampil amat jelita dengan pakaian tradisional bangsa itu iaitu legha, ada netizen tampaknya kurang bersetuju dengan cara tersebut walaupun hanya berlakon.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

Dapat dilihat dalam video terbabit yang berlatarbelakangkan patung-patung di kuil juga merupakan punca utama netizen melemparkan kecaman hebat buat pelakon jelita tersebut.

Komen IG Nora DanishSumber : Instagram 

Walau bagaimanapun, ada juga netizen lain yang memuji semangat muhibah pelakon yang cukup dikenali dalam drama Puteri suatu ketika dahulu.

Ketika Nora dihubungi oleh pihak Kosmo, dia sama sekali tidak tahu-menahu soal dirinya dikecam oleh warganet akibat memuat naik video tersebut dan memberitahu tidak akan komen apa-apa kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Nora Danish
3 years ago

Pendakwah Terkenal Tegur Nora Danish, Isu Gambar Mandi Buih Bersama Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...