Pendakwah Terkenal Tegur Nora Danish, Isu Gambar Mandi Buih Bersama Suami

Hiburan

Pendakwah Terkenal Tegur Nora Danish, Isu Gambar Mandi Buih Bersama Suami

Isu gambar mandi buih pelakon, Nora Danish bersama suami, Nedim Nazri ditegur pendakwah terkenal, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim.

Nora Danish Nedim
2 years ago

Mandi Buih Dengan Suami, Nora Danish Sekali Lagi Jadi Bahan Kritikan Netizen

Advertisement

Menerusi sebuah hantaran di laman sosial Facebook miliknya, Mohd. Izhar memaklumkan yang pasangan suami isteri tersebut tidak sepatutnya berkongsi gambar itu kerana ia dilarang dalam agama.

Kebahagiaan kita tidak perlu untuk diuar-uarkan dengan perkara maksiat apatah lagi ia dilarang dalam agama.

Nora Danish

Tambah Mohd. Izhar lagi, Allah SWT berduka sekiranya hambanya membuka aib diri sendiri serta membangga-banggakan dengan perkara yang dilarang dan dilaknat.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan kepada semua bahawa umat Islam tidak terlepas daripada melakukan dosa tetapi perlu sentiasa memperbanyakkan taubat serta memohon keampunan daripada Allah SWT.

Ujar Pensyarah Fiqh Fatwa, Pusat Kajian Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tersebut, umat Islam juga digalakkan memohon kemaafan sesama manusia dan saling menutup aib serta menjaga kehormatan sesama kita.

Nora Danish

Nabi SAW berpesan: “Sesiapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah menutup aibnya di dunia dan di akhirat”.

Sekadar info, gambar aksi main buih Nora Danish bersama suaminya di dalam tab mandi di sebuah hotel telah mengundang kecaman netizen sebelum ini.

Lima foto yang dikongsi Nora di Instagram dan Facebook miliknya tersebut dipercayai dirakam di sebuah hotel di Langkawi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...