Penyanyi dan juga pelakon, Wani Kayrie ada memuat naik keputusan peperiksaannya di Instagram baru-baru ini.
Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah,21, berkata bahawa niatnya berkongsi keputusan tersebut bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebagai inspirasi buat mereka di luar sana.
Jelasnya lagi, sehingga ke saat ini dia masih memberi keutamaan kepada pelajaran walaupun sibuk dengan kerjaya seni dan juga lakonan.
Pertama sekali bukan mahu menunjuk-nunjuk atau riyak dengan keputusan saya. Kalau nak kata riyak tunggu keputusan saya 4 flat. Cuma apa yang nak beritahu, saya masih bergelar seorang pelajar walaupun sibuk dengan kerja.
Apabila saya dilihat terlalu sibuk dengan kerjaya seni, ramai bertanya bagaimana dengan pelajaran.Ada juga yang pertikaikan sebab saya adalah pemegang biasiswa universiti.
Dalam pada itu, Wany berkata agak sukar untuk dia bekerja sambil belajar dan mengakui terpaksa berusaha lebih untuk memastikan kedua-dua bidang itu dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Sekadar info, Wani yang popular dengan lagu Jangan-Jangan ini kini melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda dalam jurusan Undang-Undang dan Perdagangan (Kepujian) di sebuah universiti swasta berlokasi di Shah Alam.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.