Dituduh Jual Durian Isi Nipis Dan Harga ‘Yahudi’, Mila Jirin Beri Pencerahan

Hiburan

Dituduh Jual Durian Isi Nipis Dan Harga ‘Yahudi’, Mila Jirin Beri Pencerahan

Penyanyi dan juga juara Akademi Fantasia 5, Mila Jirin terpaksa mengambil inisiatif menjual durian demi menampung perbelanjaan syarikat yang terjejas akibat wabak Covid-19 sejak tahun lalu. Turut berkongsi rezeki dengan pekebun dan rider, Mila berkata tahun ini dia sudah membawa lebih 8 tan durian Balik Pulau ke Puchong, Selangor untuk dijual kepada penduduk setempat.

Mila Jirin
3 years ago

"Saya Dengar Keluh-Kesah Anda, Apakan Daya Saya Juga Tak Mampu Bantu Lebih.." - Mila Jirin

Advertisement

Walau bagaimanapun, Mila menerusi sebuah hantaran di Instagram memuat naik screenshot Direct Message (DM) yang diterima daripada seorang individu dipercayai pelanggannya. Individu tersebut mendakwa Mila menjual durian dengan harga ‘yahudi’ namun isi yang diperolehi nipis sahaja.

‘Mahalnya durian awak’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

Bertanggungjawab memberi pencerahan tentang isu tersebut, Mila tidak menafikan dalam lebih 8 tan durian yang diambil, tidak semuanya mempunyai isi yang bagus. Disebabkan itu, pada tahun ini dia mengambil keputusan menjual durian yang sudah siap dikopek sebelum dihantar. Namun begitu, tetap timbul masalah di mana durian rosak dalam perjalanan penghantaran berikutan delivery box yang agak panas.

Untuk kes sedemikian, pihaknya menggantikan dengan durian baru untuk kepuasan pelanggan.

‘Kenapa niaga durian jika untung tak besar?’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

Jelas Mila lagi, dia sedikit tersentuh apabila dituduh menjual durian dengan harga yahudi sedangkan dia hanya tumpang berniaga sahaja. Kebun durian di Balik Pulau bukanlah kepunyaan sendiri dan purata keuntungan hanyalah 7% sahaja. Dia turut mempersoalkan bagaimana mungkin dia menjual durian dengan harga murah jika harga di kebun sendiri sudah mahal.

Sebagai seorang peniaga, dia sendiri tidak dapat mengagak kualiti isi durian kerana itu diluar bidang kuasanya. Namun, setiap peniaga sudah tentu mahukan buah yang terbaik untuk kepuasan pembeli.

durian mila jirin

Menjengah ke ruangan komen, Mila berkata dia sudah meminta nombor akaun bank untuk membayar ganti rugi pembeli tersebut. Dia terpaksa membuat pencerahan di posting Instagram menjelaskan mengenai harga yahudi yang menjadi persoalan segelintir pembeli kepada peniaga durian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mila Jirin

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...