Dituduh Hidup Ditanggung Suami, Mawar Rashid Luah Perasaan Sedih Di Instagram

Hiburan

Dituduh Hidup Ditanggung Suami, Mawar Rashid Luah Perasaan Sedih Di Instagram

Pelakon dan juga usahawan, Mawar Rashid baru-baru ini ada mengumumkan bahawa dia berjaya memiliki rumah idaman seawal usia 26 tahun berkat dari hasil kerja kerasnya bersama suami, Raf Yaakob.

Mawar Rashid
4 minggu lalu

"Romantic Dari Dulu Sampai Sekarang" - Mawar Rashid Terharu Suami Buat Kejutan Rumah Idaman

Advertisement

Berita gembira tersebut turut dikongsikan Mawar menerusi sebuah hantaran di Instagramnya untuk tatapan peminat di media sosial.

Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga serta sahabat handai yang tidak putus-putus memberikan semangat dan sokongan terhadap dirinya dan suami sehingga memperoleh kejayaan seperti ini.

Namun di sebalik rasa kegembiraan itu, Mawar ada juga meluahkan rasa sedih dan terguris hati berikutan sesetengah netizen yang menuduh dirinya hanya memandang harta kekayaan dan hidup sekadar ditanggung oleh suami.

Kata Mawar, dia telah dididik oleh ibu bapanya sejak kecil untuk berusaha sendiri jika inginkan sesuatu.

Dari dulu Mawar selalu dengar orang cakap Mawar ni materialistik. Mawar ni pandang harta, hidup Mawar ni semua laki tanggung. Sedih hati Mawar. Perit tau. Perit sangat sebab selama ni Mawar kerja 24/7 all out habis-habisan. Mawar dari kecil memang diajar untuk berdikari.

Advertisement

Tambah Mawar, dia merupakan seorang yang kuat berusaha jika menginginkan sesuatu dan pelakon drama Tundukkan Playboy Itu ini sempat meluahkan rasa gembira kerana dapat membantu keluarganya dari sudut kewangan sehingga ke saat ini.

Terdahulu, suami Mawar, Raf Yaakob ada membuat kejutan istimewa untuk isterinya sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-4 dengan menghadiahkan rumah idaman Mawar.

Mawar dan Raf telah mendirikan rumah tangga pada November 2017 yang lalu dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia lapan bulan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

5 Comments

  1. Anonymous

    November 15, 2021 at 3:10 pm

    Mmg sepatutnya isteri ditanggung suami. Kalau ikut agama Islam pun haram suami menggunakan pendapatan isteri melainkan isteri meredakannya.

  2. Anonymous

    November 15, 2021 at 1:47 pm

    laa.. mmg tngungjwab suami pun.. bagi nafkah dekat isteri.. kira bonus tu dpt suami yg mampu bagi kemewahan.

  3. Anonymous

    November 15, 2021 at 10:58 am

    ooo.. ni ke yg suami hadiahkan hari tu? tak payah announce laa mnde2 mcm ni
    buat je kenduri doa selamat masuk rumah baru
    ni kejap nk cerita suami hadiahkan, kejap nk ckp keje penat2 cari duit
    semua pasangan pun beli rumah share duit sama2.. its common
    yg pnting ansuran bulanan jgn sangkut kt bank

  4. Anonymous

    November 15, 2021 at 10:49 am

    aku rasa aku paham perasaan bini yg keje keras, tp laki yg dpt kredit
    cuma utk mawar laki bini ni, dedua aku x tau keje apa derang buat. hahahahahaha, so aku mls nk komen part tu
    yg kata suami hadiahkan rumah idaman 2 juta pemenda semua tu, rmh lain ke, atau rmh yg ni jgk?

  5. brunes

    November 15, 2021 at 10:24 am

    lagi sorang attention seeker.. are you farken kidding mee hahahahaha duhh kalau selagi kau nama isteri peduli apa org nak cakap ko di tanggung suami, lainlah yg tanggung kau tu suami orang. nak jadi buah mulut org ke kau tu independent women berkerjaya wawasan 2022? kesian muka cantik tapi self esteem kureng. yang aku heran ko beanje anje kat IG caption tu tak ada hal la pulak kan, geli tau.. just stop it with this kinnda joke already lah its getting too old

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...