“Romantic Dari Dulu Sampai Sekarang” – Mawar Rashid Terharu Suami Buat Kejutan Rumah Idaman

Hiburan

“Romantic Dari Dulu Sampai Sekarang” – Mawar Rashid Terharu Suami Buat Kejutan Rumah Idaman

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid menitipkan ucapan indah buat suami tercinta iaitu Raf Yaakob apabila mendapat kejutan bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang ke-4.

Mawar Rashid dan anak
3 bulan lalu

"Risau Rafael Nangis, Rupa-Rupanya.." - Mawar Rashid Kongsi Aksi Anak Pergi Ke Sekolah

Advertisement

Mawar atau nama sebenar Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid memuat naik satu hantaran video di laman Instagram miliknya yang mengucapkan terima kasih buat Raf kerana memberi hadiah istimewa yang tidak dijangka itu.

Mawar Rashid

Mawar, 26, menghargai usaha yang dilakukan oleh suaminya itu sekaligus mengimbau kembali kenangan ketika dilamar suaminya sebelum ini.

Happy 4th anniversary abang. Thank you buat surprise kat Anje. Tak pernah terfikir abang akan buat surprise macam ni. Sangat-sangat meaningful.

Pelakon Tundukkan Playboy itu turut menceritakan rumah tersebut adalah hasil titik peluh mereka berdua bertungkus-lumus bekerja siang malam dan hanya mereka berdua yang faham betapa susahnya untuk membahagikan masa.

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, Mawar turut menyatakan bahawa impian mereka sudah tercapai apabila dapat rumah idaman itu. Dia turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Raf kerana sentiasa mahu menjadi suami, ayah dan insan yang terbaik untuk mereka sekeluarga.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...