Dituduh Ganggu Rumah Tangga Selebriti, Ira Kazar Dipanggil JAWI?

Hiburan

Dituduh Ganggu Rumah Tangga Selebriti, Ira Kazar Dipanggil JAWI?

Anak kepada pelakon Kazar, Ira Kazar dilaporkan telah dipanggil ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur pada Khamis.

Lapor Gempak, Ira dipanggil bagi membantu siasatan berhubung saman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan lain yang dibuat di pejabat agama terhadap dirinya.

Advertisement

Ira yang hadir ke Mahkamah Sesyen turut ditemani ahli keluarganya yang lain.

Terdahulu, kecoh di media hiburan tempatan apabila Ira Kazar telah didakwa mengganggu rumah tangga pelakon, Puteri Sarah dan suami, pengarah Syamsul Yusof.

Puteri Sarah kemudiannya bertindak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana sudah bertahun menanggung derita diganggu wanita tersebut.

Ujarnya, dia membuat tindakan itu bagi mempertahankan maruahnya yang tercalar selain menuntut keadilan dan haknya sebagai wanita teraniaya.

Sekadar info, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka berdua dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam,5, dan Sumayyah yang kini berusia 3 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Kata Sondol Jutawan"- Gara-Gara Muat Naik 'Selfie' Tunjuk Cincin, Ira Kazar Dikecam Warganet

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...