Dituduh Amang Seksual Anak Kawan, Penganggur Merayu Dibenar Ikat Jamin – “Saya Kena Jaga Anak, Isteri Kerja”

Kehidupan

Dituduh Amang Seksual Anak Kawan, Penganggur Merayu Dibenar Ikat Jamin – “Saya Kena Jaga Anak, Isteri Kerja”

Seorang lelaki berusia 41 tahun dituduh melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang merupakan anak rakannya, bulan lalu.

Penganggur bernama R Kenggantharan itu dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua pertuduhan semalam namun mengaku tidak bersalah.

Advertisement

Menurut Harian Metro, berdasarkan dua kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun lapan bulan.

Dua perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Taman Bukit Mewah, Tampoi di sini, kira-kira jam 6.30 petang, 30 Ogos lalu.

Bapa lima anak itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) yang masing-masing membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

cabul anak rakan

Pihak pendakwaan mencadangkan jumlah jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin namun tertuduh yang tidak diwakili peguam membuat permohonan ikat jamin.

Saya ada anak lima orang dan saya tidak kerja kerana jaga anak. Hanya isteri saya sahaja yang bekerja. Saya tak buat (kesalahan) puan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan berserta tiga syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.

Tiga syarat itu adalah tertuduh tidak boleh mengganggu saksi dan mangsa sehingga kes selesai, lapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sekiranya ada.

Kes kemudian ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen dan lantikan peguam pada 9 November depan.

rogol anak
1 year ago

"Mangsa Baru Bersalin Minggu Lalu" - Rogol Anak Kandung Sejak 2020 Hingga Hamil, Bapa Dipenjara 218 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...