“Mangsa Baru Bersalin Minggu Lalu” – Rogol Anak Kandung Sejak 2020 Hingga Hamil, Bapa Dipenjara 218 Tahun

Kehidupan

“Mangsa Baru Bersalin Minggu Lalu” – Rogol Anak Kandung Sejak 2020 Hingga Hamil, Bapa Dipenjara 218 Tahun

Seorang bapa berusia 41 tahun dihukum penjara 218 tahun dan 75 sebatan selepas mengaku bersalah merogol dan amang seksual anak kandungnya hingga bersalin, sejak 2020.

Menurut fakta kes, kejadian pertama berlaku apabila tertuduh berusia 41 tahun itu melakukan amang seksual fizikal terhadap anaknya pada waktu malam tahun 2020.

Advertisement

Tertuduh yang bekerja kampung itu itu kemudian melakukan perbuatan jijik terhadap mangsa pada Oktober tahun yang sama dengan merogolnya dan kejadian terakhir berlaku pada 5 Jun lalu, jam 8 pagi.

Mangsa yang baru melahirkan anak lelaki minggu lalu memberitahu tertuduh turut memanjat bilik selepas mangsa menukar kunci bagi mengelak dirogol namun gagal.

mangsa rogol

Perbuatan terkutuk tertuduh terbongkar selepas mangsa menjalani sesi pemeriksaan kesihatan di sekolah dan mendapati perubahan fizikal pada tubuhnya.

Mangsa yang tidak tahu dirinya hamil kemudian membuat laporan polis dan tertuduh didakwa buat pertama kali pada 14 Jun lalu dan mengaku bersalah terhadap kesemua lapan pertuduhan.

Lebih kejam, tujuh daripada lapan pertuduhan itu membabitkan kejadian rogol yang bermuka ketika anak kandungnya berusia 12 tahun di sebuah rumah di Semerah.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat berkata,

Kamu tak terfikir ke masa depan dia sebelum buat? Ini anak menjadi tanggungjawab dan amanah pada kamu sebagai ayah.”

rogol anak

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan juga sebatan.

Bukan itu sahaja, dia turut didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan juga 10 kali sebatan.

Bapa rogol anak
10 months ago

Bapa Mengaku Bersalah Rogol Dua Anak Hingga Salah Seorang Hamil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...