Dituduh Ada Orang Ketiga, Diana Danielle Anggap Farid Kamil Tak Cukup Kenali Dirinya – “Itulah Buktinya..”

Hiburan

Dituduh Ada Orang Ketiga, Diana Danielle Anggap Farid Kamil Tak Cukup Kenali Dirinya – “Itulah Buktinya..”

Pelakon, Diana Danielle tampil membidas kenyataan suaminya, Farid Kamil yang mendakwa dia mempunyai orang ketiga sehingga menyebabkan kemelut dalam rumah tangga mereka.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson seolah memberi bayangan bahawa suaminya masih belum cukup mengenali dirinya.

Advertisement

Menerusi hantaran di Instagram Story, pelakon berusia 32 tahun itu berkata perkara itu turut membuatkan rasa cinta terhadap Farid semakin pudar.

Kalau awak betul-betul fikir yang saya dah ada orang lain, itu membuktikan yang awak langsung tak kenal diri saya macam mana.

Dalam pada itu, Diana memaklumkan dia tidak lagi boleh menanggung kesakitan apatah lagi membiarkan orang lain menghancurkan hatinya.

Lepas rasa sayang ni dah hilang dekat awak, hati saya dah tak sanggup nak biarkan orang lain hancurkan hati saya lagi.

Terdahulu, Farid Kamil menarik semula kenyataan berkaitan kewujudan orang ketiga dan memohon maaf kepada Diana Danielle dan ibu mentuanya, Norsiah Ramli bagi melembutkan hati isterinya itu.

Bukan itu sahaja, pelakon Anwar: The Untold Story itu turut memberi pelbagai tawaran kepada Diana sehingga mencecah lebih RM300,000.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Tak Perlu Berlebihan" - Kongsi Cara Mohon Maaf Dengan Betul, Diana Danielle Sindir Farid Kamil?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...