Ditipu Syarikat & Persembahan Dibatalkan, Ali Puteh Akui Sukar Raih Pendapatan – “Saya Dibayar RM300 Sahaja”

Hiburan

Ditipu Syarikat & Persembahan Dibatalkan, Ali Puteh Akui Sukar Raih Pendapatan – “Saya Dibayar RM300 Sahaja”

Pelawak, Ali Puteh diarahkan Mahkamah untuk menjelaskan bayaran ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah gara-gara mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memaklumkan bahawa dia akan menjelaskan bayaran yang ditetapkan mahkamah itu secara ansuran.

Advertisement

Bagaimanapun, balu kepada Allahyarham Abam Bocey itu tidak bersetuju sekiranya pihak Ali mahu membuat pembayaran ganti rugi RM60,000 itu secara ansuran.

Terkini, pelawak berusia 33 tahun itu mendedahkan bahawa isu dan kecaman yang terpalit dengan dirinya itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada kariernya.

Menurut Ali, dia sukar untuk menerima pendapatan sepanjang dua tahun ini lebih-lebih lagi apabila dia turut ditipu syarikat untuk menjadi duta ayam serta dibatalkan membuat persembahan pada saat akhir.

Bukan itu sahaja, dia turut menerima bayaran sebanyak RM300 sahaja pada tawaran kerja terakhirnya di mana dia terlibat dalam sebuah program mengaji Al-Quran.

Difahamkan, Ali turut mengakui dia terpaksa mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 sebagai modal bisnes.

Saya jadikan modal untuk perniagaan daging. Kalau nak diikutkan, jumlah RM10,000 tu tak mencukupi, tapi saya buat ikut kemampuan saya.

Bagaimanapun, dia enggan menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya mengakui mungkin ujian yang diterima ini merupakan balasan tuhan terhadap dosa-dosa yang dilakukannya sebelum ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Mahu Bayar RM60 Ribu Secara Ansuran, Peguam Ali Puteh Dedah Tak Tahu Menahu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Vocket

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...