Mahu Bayar RM60 Ribu Secara Ansuran, Peguam Ali Puteh Dedah Tak Tahu Menahu

Trending

Mahu Bayar RM60 Ribu Secara Ansuran, Peguam Ali Puteh Dedah Tak Tahu Menahu

Sebelum ini, pelawak Ali Puteh memaklumkan bahawa dia akan menjelaskan bayaran gati rugi RM60,000 kepada kakak iparnya, Hidayah secara ansuran.

Menurut Ali, dia juga sudah memberitahu peguam bahawa dia bersetuju membuat bayaran ansuran kepada Hidayah dengan duitnya sendiri.

Advertisement

Bukan itu sahaja, pelawak berusia 33 tahun itu berkata proses pembayaran masih dalam perbincangan membabitkan peguamnya dan peguam Hidayah.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Ali iaitu Noorazmir Zakaria memaklumkan dia masih belum menerima arahan daripada pihak Ali dan keluarganya berhubung surat pembayaran secara ansuran tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, Noorazmir berkata dia tidak dapat mengulas mengenai surat pembayaran secara ansuran seperti dakwaan anak guamnya itu kerana belum mendapat sebarang arahan daripada mereka.

Buat masa ini, saya masih belum menerima apa-apa arahan mengenai perkara itu dari pihak Ali dan keluarganya.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Hidayah yang tidak bersetuju dengan pembayaran ansuran, Noorazmir berkata isu bayaran secara ansuran itu tidak timbul lagi memandangkan pihak Hidayah tidak bersetuju jika Ali berbuat demikian.

Kalau Ali bersetuju untuk bayar secara ansuran pun tapi pihak Hidayah dah cakap tidak setuju. Jadi isu bayaran ansuran bukan lagi isu.

Dalam pada itu, Noorazmir memberi cadangan kepada Hidayah supaya mendapatkan nasihat daripada peguamnya berkenaan perkara ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Dia Pernah Cakap Ikhlas Nak Lepaskan" - Dulu Macam Adik & Kakak, Isteri Chot Tertanya Kenapa 'Ex Wife' Tularkan Isu 'Penyondol'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...