Satu video tular di TikTok menjadi bualan warganet apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki ke hulu ke hilir di dalam sebuah bangunan.
Difahamkan, lelaki yang disyaki merupakan seorang pencuri itu dikatakan tidak menemui jalan keluar dari bangunan tersebut.
Kejadian yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok itu menjadi bualan ramai dan menerima pelbagai respon ramai pengguna.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi pengalaman masing-masing berkaitan dengan kejadian yang terjadi dan ada juga yang berpendapat bahawa video itu hanyalah ‘content‘ semata-mata.