Disyaki Cuba Curi Hasil Kebun Getah Orang Lain, Lelaki Teruk Dibelasah Orang Kampung

Kehidupan

Disyaki Cuba Curi Hasil Kebun Getah Orang Lain, Lelaki Teruk Dibelasah Orang Kampung

Baru-baru ini, tular satu rakaman video di Twitter menunjukkan kejadian seorang lelaki dipenuhi dengan darah selepas dia dibelasah oleh penduduk kampung.

Difahamkan, kejadian berlaku kerana lelaki berkenaan didakwa telah mencuri hasil kebun getah milik individu lain.

Advertisement
Sumber : Twitter 

Dalam video yang berlainan, turut dapat dilihat sebuah motosikal dibakar akan tetapi pemilik kepada kenderaan itu tidak dapat dikenalpasti sama ada kepunyaan mangsa ataupun sebaliknya.

Sumber : Twitter 

Menurut Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Superintendan Polis Mulkiaman Manzar, beliau menyatakan dari hasil siasatan, mereka mendapati kejadian tersebut berlaku sekitar jam 8.10 malam di Kampung Nai Teh, Kuala Nerang.

Sumber : Facebook 

Selain itu, suspek juga telah diserahkan oleh orang awam kepada pihak polis selepas dibelasah dan dia difahamkan cedera di beberapa bahagian badan ekoran kejadian yang telah berlaku.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379 atas kesalahan mencuri dan dua kesalahan lain disiasat di bawah Seksyen 435 kerana kesalahan khianat dengan api serta Seksyen 324 kerana mendatangkan kecederaan.

Pihak polis turut meminta agar warganet tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut kerana kes masih lagi berada di dalam siasatan.

2 years ago

'Rembat' Telefon Orang Tengah Buat Video, Pencuri Tak Sedar Rakam Diri Sendiri Guna Kamera Depan 'Phone'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...