‘Rembat’ Telefon Orang Tengah Buat Video, Pencuri Tak Sedar Rakam Diri Sendiri Guna Kamera Depan ‘Phone’

Kehidupan

‘Rembat’ Telefon Orang Tengah Buat Video, Pencuri Tak Sedar Rakam Diri Sendiri Guna Kamera Depan ‘Phone’

Akibat melarikan sebuah telefon bimbit milik seorang gadis, pencuri tidak sedar bahawa dirinya telah dirakam secara tidak sengaja.

Susulan insiden berkenaan, gadis tersebut menceritakan kronologi kejadian dengan lebih terperinci tentang kejadian curi itu melalui perkongsiannya di TikTok.

Advertisement

Menurut mangsa, kes kecurian itu berlaku pada hari Isnin, sekitar jam 6.15 petang ketika dia cuba untuk merakam video bersama rakan-rakannya.

Bagaimanapun, telefon bimbitnya yang diletakkan di hadapan mereka telah ‘dikebas’ dan dibawa lari oleh seorang lelaki.

Setelah telefon dibawa lari, dikatakan ada seseorang cuba menolong mencari suspek tetapi gagal dan menyuruh gadis itu membuat laporan polis.

Gadis itu kemudiannya membuat laporan polis di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kubang Pasu dan pihak polis memberitahu akan menghubungi mangsa sekiranya mendapat maklumat berkaitan kes.

Pada hari Khamis, sebuah panggilan telefon telah diterima dari seorang lelaki mendakwa bahawa telah terjumpa telefon mangsa dan meminta sejumlah wang sebelum dipulangkan.

Namun, gadis itu lantas memberitahu lelaki yang menghubunginya bahawa insiden kecurian itu telah menjadi kes polis dan individu berkenaan terus mengajak dia dan rakan-rakan untuk berjumpa di sebuah lokasi.

Tidak bertindak secara melulu, gadis itu kemudian telah pergi semula ke balai polis dan memberikan maklumat tentang panggilan telefon dan lokasi yang diterimanya.

Polis pun bersetuju untuk turut serta mengikuti mereka bertemu dalam pertemuan yang dirancang dan seorang lelaki bersama seorang lagi suspek terus dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

Gadis itu akhirnya berjaya mendapatkan semula telefon bimbitnya dan memperoleh kembali gambar-gambar serta video di dalam fail ‘recently deleted’ yang telah pun dipadam oleh suspek.

Gadis berikut sempat menasihatkan orang-orang di luar sana supaya lebih berhati-hati dan perkongsian itu dihujani pelbagai reaksi oleh warganet.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

atm
2 years ago

(VIDEO) "Guna Habis Duit" - Kad ATM Tercicir, Si Pencuri Sakan 'Shopping' Barang 'Skincare'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...