Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang bersikap biadab dan melampau di ruangan Instagram miliknya.
Ujar Ryzal, ada sesetengah netizen yang telah memintanya untuk menjalani ujian asik deoksiribonukleik (DNA) terhadap anak sulungnya, Rina.
Kata netizen tersebut, wajah anak perempuannya itu tidak sama seperti Youtuber saluran Durian Kimchi itu.
Ryzal juga turut berkongsi tangkap layar profil individu tersebut yang telah memfitnah diri dan isteri serta anaknya.
Dia nak popular, kita bagi peluang. Dia fitnah anak saya perlu buat DNA atau dalam erti kata lain anak orang lain bukan anak saya.
Tak perlu sembunyi nama, kami dapat URL profile sudah cukup untuk jejak lokasi. Sorok muka sorok nama. Inilah pondan pengecut sebenar.
Jelasnya lagi, dia akan mengambil tindakan undang-undang dan turut disokong oleh para pengikutnya di Instagram yang menggesa Ryzal mengambil tindakan terhadap individu tersebut walaupun komen biadab itu telah dipadam.
Terdahulu, Ryzal telah mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita warga Korea Selatan yang dikenali sebagai Maryam pada 15 Ogos 2019 yang lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia tiga bulan.