Disiplin Kucing Peliharaan Gadis Ini Buat Orang Ramai Terkejut

Trending

Disiplin Kucing Peliharaan Gadis Ini Buat Orang Ramai Terkejut

Mesti ramai dalam kalangan kita yang membela kucing sebagai haiwan peliharaan kerana sifatnya yang manja dan comel. Dalam Islam sendiri sangat menganjurkan untuk kita memelihara kucing malah terdapat pelbagai kebaikan termasuk mendapat pahala dan dimurahkan rezeki.

Membela kucing juga sangat istimewa kerana ia bukan sahaja dapat menjadi terapi kepada pemiliknya malah dapat membentuk diri kita agar menjadi seorang yang bertanggungjawab dan berdisiplin.

Advertisement

3 years ago

Rutin Kucing Tunggu Tuan Jemput Makan Buat Netizen Terhibur

Kalau kita tidak berdisiplin dan bertanggungjawab memang akan kucar-kacir lah jadinya. Sebagai contoh, pasir najis kucing perlu sentiasa dibersihkan, najis perlu sentiasa dibuang atau dicuci dan yang paling utama ialah memberi kucing kita makan pada waktunya.

Gadis pencinta kucing dan 20 ekor kucingnya curi tumpuan orang ramai

Baru-baru ini di laman sosial TikTok, tular satu perkongsian video yang memaparkan situasi seorang gadis memanggil kucing peliharaannya untuk makan. Video tersebut telah menarik perhatian ramai orang di media sosial tersebut.

Dalam perkongsian video berkenaan, gadis tersebut dilihat sedang bersiap sedia untuk memberi makanan kepada kucingnya. Dia kemudiannya memanggil semua kucingnya dengan cara mengetukkan bekas makanan kucing di lantai.

Lebih mengejutkan adalah apabila jumlah kucing yang datang kepadanya itu dilihat begitu banyak sekali. Kucing-kucingnya itu terus berlari masuk ke halaman rumah selepas mendengar bunyi tersebut.

Perkongsian gadis di tiktok berkenaan 20 ekor kucing

Tangkap layar perkongsian gadis tersebut – via TikTok

Menurutnya, kucingnya itu suka bermain di kebun sawit berhampiran kawasan tersebut dan dia sering menggunakan cara itu untuk memanggil mereka makan. Bila dengar sahaja bunyi tersebut, mesti mereka berlari masuk ke halaman rumah.

“Sah ni bukan kucing, ni harimau kumbang”

Perkongsian video tersebut setakat ini telah mendapat sebanyak 4 juta tontonan, 394.1 ribu tanda like dan 8.2 ribu komen.

Rata-rata netizen mengagumi aksi kucing-kucing peliharaan gadis tersebut serta memuji caranya mendisiplinkan kucingnya itu supaya tahu untuk balik makan apabila dipanggil.

Komen netizen di tiktok gadis bela 20 ekor kucing

Komen netizen di ruangan komen perkongsian gadis tersebut – via TikTok

 

Komen netizen di tiktok gadis bela 20 ekor 2

Komen netizen di ruangan komen perkongsian gadis tersebut – via TikTok

Terdapat juga komen lucu daripada netizen yang mengatakan kucing-kucingnya itu bukan kucing tetapi harimau kumbang kerana berlari laju.

Tidak kurang juga, ada yang berseloroh mengatakan kucingnya itu boleh bertanding dalam temasya Sukan Olimpik. Gadis tersebut layak dipuji kerana mampu untuk membela kucingnya dengan baik, lagi-lagi dalam kuantiti yang banyak.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...