Rutin Kucing Tunggu Tuan Jemput Makan Buat Netizen Terhibur

Trending

Rutin Kucing Tunggu Tuan Jemput Makan Buat Netizen Terhibur

Seperti yang kita tahu, kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling menjadi pilihan ramai sehingga ada yang sampai membela kucing seperti membuka gallery kucing kerana jumlahnya yang terlalu banyak.

Kita juga tahu yang ramai orang memelihara kucing kerana ia comel dan sikap manja yang terdapat pada kucing itu sendiri. Seperti manusia juga, kucing pun ada perangai dan kelakuan mereka tersendiri.

Advertisement

3 years ago

Suri Rumah Nak Beli Kucing Ditipu Scammer, Rugi Lebih RM30k

Kucing boleh dikatakan bukan setakat bijak dan manja malah kadangkala kelakuan lucunya juga membuatkan pemiliknya hairan dan terhibur.

Sebagai contoh, ada kucing yang suka merayap keluar rumah dan tahu pulang ke rumah namun ada juga yang tidak tahu jalan pulang malahan lebih mencuit hati apabila pemilik sendiri perlu menjemput kucingnya pulang.

“Dah lapar lah tu.. Nak balik tapi tak reti balik sendiri”

Tular baru-baru ini di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video yang memaparkan satu kejadian di mana seorang pemilik kucing terpaksa menjemput kucingnya untuk pulang kerana dia tidak tahu untuk pulang sendiri.

Pemilik kepada kucing bernama Yogi itu yang juga merupakan pemilik akaun media sosial tersebut memberitahu dalam perkongsian video itu, dia telah mendapat panggilan telefon daripada jirannya mengatakan kucingnya itu berada di tempat peti surat dan kelihatan lapar.

Lebih mencuit hati ramai orang apabila kucing itu seakan menunggu pemiliknya menjemputnya pulang untuk makan. Comelnya lah perangai dia kena tunggu tuan jemput dulu ya.

Tambahnya lagi, ia sememangnya sudah menjadi rutin baginya untuk menjemput kucingnya itu pulang makan tengahari kerana dia tidak tahu untuk pulang sendiri.

“Sebenarnya dia malas nak naik tangga”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 143.5 ribu tontonan dan 17.7 ribu tanda like. 

Rata-rata netizen berasa terhibur dengan telatah kucing tersebut dan ada juga yang turut berkongsi pengalaman mereka ketika menjaga dan membela kucing mereka sendiri.

Kucing tunggu tuan jemput pulang untuk makan

Komen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Lebih melucukan adalah apabila ada juga yang berseloroh mengatakan sukar untuk menjumpai kucing tersebut kerana warnanya seakan sama dengan warna dinding bangunan perumahan di situ.

Terdapat juga komen yang lucu mengatakan kucing tersebut bukan tidak tahu untuk pulang tetapi memang mahu dijemput pulang kerana malas hendak naik tangga.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...