Baru-baru ini, di dalam program bual bicara Aduan Jiwa terdapat seorang isteri berkongsikan cerita dirinya berasa terkejut selepas mengetahui suaminya menjalinkan hubungan songsang dan merasa tidak bahagia biarpun sudah lapan tahun mendirikan rumah tangga bersama.
Menurut wanita yang bernama Dewi (bukan nama sebenar), dia mengenali suami melalui orang ketiga dan dalam masa setahun berkenalan, mereka membuat keputusan untuk bertunang lalu bernikah selepas mendapat restu keluarga.
Bagaimanapun, detik hitam dalam hidup wanita itu bermula kerana sepanjang mendirikan rumah tangga, suami beliau tidak pernah memberi nafkah, malah sering mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.
Pada mulanya dia tidak pernah menyangka suami menjalinkan hubungan songsang, tetapi setelah berjumpa dengan doktor kerana berasa tidak sihat, dia mendapati dirinya menghidap penyakit Pelvic Inflammatory Disease.
Saya dapat tahu yang saya ada STD. Saya tak syak lagi yang dia ada hubungan terlarang. Bila tanya memang dia tak pernah jawab dan saya tak tahu pasal social life dia.
Dalam pada itu, dia turut memberitahu suaminya akan ‘menyentuh’ dia sebanyak tiga atau empat kali setahun saja dan hendak dijadikan cerita, penyakit dihadapi sudah semakin teruk jadi dari situ dia dapat tahu punca sebenar dia hidap penyakit itu datang dari suaminya yang menjalinkan hubungan terlarang.
Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk berpisah dan sehingga kini wanita itu merasakan dirinya tidak layak untuk bahagia serta bekas suami masih merahsiakan soal hubungan songsangnya.