Diselar Dek Kritik Ramai Pilih Berlibur Dari Ziarah Ibu Bapa, AG Coco Mohon Maaf

Hiburan

Diselar Dek Kritik Ramai Pilih Berlibur Dari Ziarah Ibu Bapa, AG Coco Mohon Maaf

Baru-baru ini, penerbit muzik dan gitaris, AG Coco telah mencetuskan kecaman ramai selepas menulis ciapan berbaur perlian terhadap orang ramai yang ingin berlibur.

ag coco
2021-09-14 17:32:54

"Ramai Rindu Sungai Dengan Laut Dari Mak Ayah Sendiri" - Ciapan AG Coco Undang Kecaman

Advertisement

Menerusi ciapannya, AG dilihat seakan-akan memerli masyarakat yang lebih memilih untuk melancong berbanding bertemu dengan keluarga sendiri.

Bagaimanapun, luahan tersebut menerima kritikan ramai kerana dianggap tidak sensitif. Hal itu kerana kelonggaran telah diberikan terhadap aktiviti berlibur manakala merentas negeri untuk berjumpa ahli keluarga masih diketatkan.

Sedar akan situasinya yang dikecam hebat, AG Coco atau nama sebenarnya Mohd Hezry bin Mohd Hafidz telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

ag coco

Menerusi ciapan di laman Twitter miliknya, dia menjelaskan secara terperinci perihal kenyataannya yang disalah tafsir oleh segelintir netizen.

AG juga turut menyatakan bahawa kenyataannya sebelum ini hanyalah ingin mengingatkan akan angka jangkitan yang berisiko meningkat.

ag coco

Selepas ciapan permohonan maaf itu,  rata-rata netizen dilihat menyambut baik penjelasan lelaki itu selain turut menasihati agar berhati-hati dalam memberikan kenyataan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter