Baru-baru ini, penerbit muzik dan gitaris, AG Coco telah mencetuskan kecaman ramai selepas menulis ciapan berbaur perlian terhadap orang ramai yang ingin berlibur.
Menerusi ciapannya, AG dilihat seakan-akan memerli masyarakat yang lebih memilih untuk melancong berbanding bertemu dengan keluarga sendiri.
Bagaimanapun, luahan tersebut menerima kritikan ramai kerana dianggap tidak sensitif. Hal itu kerana kelonggaran telah diberikan terhadap aktiviti berlibur manakala merentas negeri untuk berjumpa ahli keluarga masih diketatkan.
Sedar akan situasinya yang dikecam hebat, AG Coco atau nama sebenarnya Mohd Hezry bin Mohd Hafidz telah membuat permohonan maaf secara terbuka.
Menerusi ciapan di laman Twitter miliknya, dia menjelaskan secara terperinci perihal kenyataannya yang disalah tafsir oleh segelintir netizen.
AG juga turut menyatakan bahawa kenyataannya sebelum ini hanyalah ingin mengingatkan akan angka jangkitan yang berisiko meningkat.
Selepas ciapan permohonan maaf itu, rata-rata netizen dilihat menyambut baik penjelasan lelaki itu selain turut menasihati agar berhati-hati dalam memberikan kenyataan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.