Baru-baru ini, berita mengenai Putera Mateen bakal menamatkan zaman bujangnya bersama wanita pilihan hati, Anisha Isa Kalebic tidak lama lagi.
Difahamkan, sambutan akan berlangsung selama sembilan hari, dimana bermula dengan upacara akad nikah, diikuti persembahan pemuzik istana diraja untuk menandakan permulaan perkahwinan secara rasmi.
Akad nikah Putera Mateen bersama Anisha akan dilangsung di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien pada 11 Januari tahun hadapan dan majlis resepsi perkahwinan diraja pula akan diadakan dengan jamuan mewah yang turut dihadiri tetamu dari seluruh dunia.
View this post on Instagram
Disebabkan bakal dihadiri daripada tetamu seluruh dunia, berkemungkinan besar Putera William dan Kate Middleton akan menghadiri majlis perkahwinan Putera Mateen bersama bakal isteri.
Lagi menguatkan berita ini, ia kerana Putera William dan Kate Middleton juga pernah menghadirkan diri sewaktu majlis perkahwinan Putera Mahkota Al Hussein bin Abdullah II dan Raja Alseif pada bulan Jun.
Bagaimanapun, berita mengenai kehadiran pasangan keluarga Kerajaan British ini masih belum dapat dipastikan lagi jika mereka hadir ataupun tidak di majlis Putera Mateen dan Anisha.