Disaman RM100, Individu Persoal Tanda OKU Terlalu Kecil

Gaya Hidup

Disaman RM100, Individu Persoal Tanda OKU Terlalu Kecil

Baru-baru ini tular di media sosial Facebook, dimana seorang individu berbangsa Cina mempersoalkan dirinya disaman akibat meletakkan kereta di tempat Orang Kurang Upaya (OKU).

Akibat meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya di letak, jejaka tersebut telah pun disaman sebanyak RM100 oleh pihak pusat membeli belah, Lot 10.

Advertisement

Walau bagaimanapun, individu bernama Bryan Chin itu berkata dia tidak akan persoalkan hal terbabit jika papan tanda tempat letak kereta khas itu dapat dilihat dengan jelas dan besar.

Apabila beliau pergi berjumpa dengan pihak pengurusan pusat membeli-belah itu, dia menceritakan hal sebenar bahawa dia tidak tahu tempat itu adalah khas untuk OKU kerana papan tanda yang diletak terlalu kecil dan merasakan tidak adil untuk dia disaman.

Jawab pihak pengurusan itu, ia merupakan arahan dari bosnya dan setelah beberapa minit berbincang, pihak pengurusan masih kekal dengan keputusannya untuk menyaman jejaka itu tetapi hanya meminta separuh harga, dari RM100 ke RM50.

Advertisement

Oleh kerana sudah terlambat untuk pergi ke mesyuarat seterusnya, dia membayar saman tersebut dengan harga RM50 dan meminta pihak pengurusan pusat membeli-belah itu meletakkan papan tanda yang lebih besar dikedua-dua tiang agar dapat dilihat oleh orang ramai dengan jelas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Uqasha Senrose
1 bulan lalu

(TAHNIAH) Hanya Dua Kali Lafaz, Kamal Adli & Uqasha Senrose Selamat Bergelar Suami Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Kiki

    December 8, 2021 at 9:16 am

    Ni memang salah managment. Kebiasaannya dekat lantai pun diwarnakan dgn tanda tempat khas untuk OKU. Kalau mcm ni mmg terlalu kecil. Orang tak perasan.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...