Dirakam Berada Di Butik Perkahwinan, Siti Nordiana Bakal Mendirikan Rumah Tangga?

Hiburan

Dirakam Berada Di Butik Perkahwinan, Siti Nordiana Bakal Mendirikan Rumah Tangga?

Gempar seketika apabila sebuah portal hiburan memaklumkan terdapat desas desus yang mengatakan penyanyi Siti Nordiana bakal mendirikan rumah tangga tidak lama sahaja lagi.

Menurut sumber, ada individu telah mengirimkan foto dan video Siti Nordiana menggayakan dua persalinan gaun serba putih seakan gaun pengantin untuk sesi fotografi.

Advertisement

Siti Nordiana

Dalam sesi fotografi itu, Siti Nordiana yang mesra disapa sebagai Nana kelihatan cantik menawan menyarung busana putih bersih bersama bunga tangan.

Namun, kesahihan mengenai berita perkahwinan itu belum dipastikan penyanyi itu sehingga setakat ini.

Sekadar info, Siti Nordiana pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Allahyarham Mohd Faizal Yusup namun bercerai pada tahun 2006.

Dia yang mempunyai seorang anak mengakui lebih selesa menjalani kehidupan solo meskipun sudah lebih 15 tahun bergelar ibu tunggal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Siti Sairah umai
11 months ago

(VIDEO) Berlatih Menyanyi Sehingga Menangis, Anak Saudara Siti Nurhaliza Didakwa Dipaksa Jadi Penghibur?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...