(VIDEO) Berlatih Menyanyi Sehingga Menangis, Anak Saudara Siti Nurhaliza Didakwa Dipaksa Jadi Penghibur?

Hiburan

(VIDEO) Berlatih Menyanyi Sehingga Menangis, Anak Saudara Siti Nurhaliza Didakwa Dipaksa Jadi Penghibur?

Sebuah video memaparkan anak saudara kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza Ummi Umairah yang menangis ketika melakukan latihan nyanyian mencuri tumpuan warga maya di TikTok.

Dalam hantaran tersebut, Ummi dilihat mengalirkan air mata ketika dibimbing guru vokal iaitu Cikgu Shafi dan dipujuk tidak lama kemudian.

Advertisement

Ruangan komen hantaran video tersebut dipenuhi dengan ucapan sokongan buat Ummi namun ada juga yang meninggalkan komen berbaur nasihat buat ibu Ummi Umairah iaitu Siti Sairah.

Seperti ‘dipaksa’ menjadi penyanyi

Kata netizen, Ummi seolah-olah ditekan dan dipaksa untuk menjadi penyanyi oleh Siti Sairah.

Kadang-kadang kasihan tengok Umai ni, ibu bapa dia macam terlalu paksa sangat dia jadi penyanyi. Apa pun semoga berjaya Umai.

Tampil mempertahankan diri, adik kepada penyanyi tersohor itu menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan bahawa Ummi ingin menjadi penyanyi kerana dia minatnya sendiri.

“Umairah menyanyi atas minatnya sendiri”

Setiap apa yang Umai lakukan dan buat atas minat dan keinginan dia sendiri. Saya sebagai ibu hanya memberi sokongan dan yang terbaik untuk dia.

Sekadar info, Ummi Umairah pernah tercalon ke Top 9 program realiti TV nyanyian kanak-kanak terbitan Astro iaitu Ceria Megastar Ministar.

Dia juga pernah melibatkan diri dalam dunia lakonan iaitu sebagai Mikaela dalam drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami dan Ejot untuk naskah Diva Dari Jakarta.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Noh Salleh peguam
3 months ago

"Ibu Kandung Ada Hak Minta Noh Padam Foto Musa" - Peguam Ulas Isu Anak Angkat Mizz Nina Dan Noh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...