Penyanyi Mizz Nina sememangnya dikenali sebagai seorang yang menyimpan kemas sisi peribadi kehidupannya daripada awam.
Memetik Kosmo, penyanyi itu akhirnya mendedahkan detik perkenalannya bersama suami, Essam Muhammad bermula ketika di sebuah festival pada tahun 2015 yang lalu.
Cerita Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, Essam terlebih dahulu menegurnya dengan cara memuji puisi yang dibacanya pada acara tersebut.
Kali pertama kami bertemu adalah di sebuah festival pada 2015. Saya ingat lagi dia datang kepada saya selepas saya baca puisi atas pentas.
Dia kata ‘Assalamualaikum, saya Essam dari Seattle. Saya suka apa yang awak sebutkan atas pentas tadi. Saya balas dengan ucapan terima kasih. Kami cuma bercakap ringkas, itu sahaja.
Terdahulu, Mizz Nina dan Essam telah mengadakan resepsi perkahwinan di Kuala Lumpur di mana ia diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat.
@beautifulnara Tahniah Mizz Nina dan suami ? #sembangentertainment #trendingnewsmalaysia #mizznina #perkahwinan
Tampil berseri dengan busana putih berseri, Essam yang juga penyanyi rap berasal dari Amerika Syarikat itu turut memberikan persembahan khas di majlis resepsi untuk isteri kesayangan.
Mizz Nina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan muzik Hujan, Noh Salleh namun bercerai pada 4 Ogos tahun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.