Dipilih Menjadi Wajah Jenama Tudung Allahyarham Siti Sarah, Anzalna Luah Rasa Sebak

Hiburan

Dipilih Menjadi Wajah Jenama Tudung Allahyarham Siti Sarah, Anzalna Luah Rasa Sebak

Pelakon, Anzalna dipilih sebagai wajah kepada koleksi terbaharu jenama tudung Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dan menggantikan legasinya.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Anzalna mengumumkan perkara tersebut dan dilihat gagal menahan air mata apabila sebak ketika sesi penggambaran berlangsung.

Advertisement

Malah, ibu tiri Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi dan anak perempuan Allahyarham, Talita turut mengalirkan air mata.

Mula-mula saya macam berbelah bahagi sebab jenama tudung itu memang dah sinonim dengan nama arwah Siti Sarah. Banyak kali tanya pendapat suami.

Menurut pelakon Renyai Takbir Raya itu, dia tidak dapat memberikan yang terbaik sepanjang penggambaran disebabkan terlalu emosi kerana sangat rindukan arwah.

Alhamdulillah sejak bertudung banyak tawaran dari berbagai jenama tudung dari dalam dan luar negara tetapi ini yang menjadi pilihan saya.

Dalam pada itu, Anzalna mengakui dia dihujani pelbagai tawaran daripada jenama tudung terkemuka.

Baca: Bapa Jadi CEO FINAS, Anzalna Semakin ‘Didekati’ Untuk Dapatkan Tawaran Kerja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Kerapu garing

    December 30, 2021 at 2:06 pm

    Anzalna.. Semoga terus istiqomah. Cantiknya

Loading...