Bapa Jadi CEO FINAS, Anzalna Semakin ‘Didekati’ Untuk Dapatkan Tawaran Kerja

Hiburan

Bapa Jadi CEO FINAS, Anzalna Semakin ‘Didekati’ Untuk Dapatkan Tawaran Kerja

Semenjak bapa kesayangan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Anzalna Nasir mendedahkan bahawa dirinya cuba didekati beberapa individu bagi mendapatkan tawaran kerja.

Namun begitu, Anzalna memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai kuasa untuk menjadi ‘orang tengah’ bagi mendapatkan sesuatu tawaran kerja meskipun ditawarkan dengan ganjaran yang lumayan.

Advertisement

Kata Anzalna, ada individu yang tidak pernah menghubunginya sebelum ini tiba-tiba sahaja hubungi namun menganggap mereka sekadar nak bertanya khabar dan mengucapkan tahniah.

Walaupun tawaran diberikan menarik, tapi apa yang boleh saya katakan adalah jawatan itu disandang oleh ayah dan saya tidak mempunyai sebarang kuasa langsung.

Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak ini juga menafikan bahawa tawaran lakonan yang diterimanya semakin mencurah-curah semenjak perlantikan itu.

Kata Anzalna, tawaran berlakon itu masih tetap diterima sebelum bapanya, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, 62, memegang jawatan itu.

“Jadi segala dakwaan yang mengatakan saya dihujani tawaran selepas bapa dilantik CEO Finas adalah tidak benar. Alhamdulillah, sama ada ayah saya dilantik atau tidak, rezeki berlakon memang sentiasa ada.” ujarnya lagi.

Anzalna dan Md Nasir
2 years ago

"Ia Amanah Yang Besar.." - Anzalna Nasir Bangga Bapa Kini Pegang Jawatan CEO FINAS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...