Hampir kesemua wanita di Malaysia ini kalau ditanya sama ada mahu atau tidak untuk bermadu, pasti mereka akan memilih untuk tidak bermadu.
Mungkin ada kes, mereka berasa bahagia hidup bermadu kerana mempunyai keluarga yang besar, namun tidak untuk wanita malang ini.
Pada mulanya, perkahwinan beliau bersama lelaki pilihan sememangnya indah, bagaimanapun penderitaan mula muncul setelah sekian lama bersama suami.
Kisah ini diceritakan semula oleh seorang aktivis kebajikan kepada mStar dan memberitahu berasa terkejut apabila mendengar penderitaan yang dilalui oleh wanita itu yang selama ini dia ingatkan sudah cukup bahagia kerana lihat pada gambar-gambar yang dimuat naik bersama suami di media sosial kelihatan bahagia.
Menurut aktivis kebajikan terbabit, wanita ini mendirikan rumah tangga bersama suami orang sudah hampir setahun yang lalu dan pada mulanya dia sedikit keberatan apabila mendengar berita itu, namun ditegaskan oleh wanita itu bahawa beliau telah mendapat restu isteri pertama.
Bukan itu saja keputusan drastik yang dibuat oleh wanita terbabit, malah wanita itu turut tinggal sebumbung dengan isteri pertama dan sejak itu hidupnya menderita.
Semasa berada di rumah tersebut, wanita itu dilayan seperti pembantu rumah, malah suaminya juga memaksa agar wanita ini untuk tidur sekatil dengan madunya.
Dek kerana sudah tidak tahan diperlakukan seperti itu, wanita itu telah menghubungi aktivis kebajikan terbabit untuk mendapatkan pertolongan agar dapat lari dari masalah yang berlaku dalam hidupnya sekarang ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.