“Bersin, Batuk Depan Bos..” – Positif COVID Tapi Kena Masuk Kerja, Ramai Majikan Tak Terima HSO & RO

Kehidupan

“Bersin, Batuk Depan Bos..” – Positif COVID Tapi Kena Masuk Kerja, Ramai Majikan Tak Terima HSO & RO

Naik ‘pening’ pekerja apabila ramai yang mengadu majikan mereka tidak menerima cuti kuarantin kerana kebanyakan klinik tidak mengeluarkan sijil cuti sakit jika dijangkiti COVID-19.

Dan sudah pasti, majikan akan mengenakan cuti tanpa gaji kepada pekerjanya yang menjalani tempoh kuarantin dan selalunya, bukan sehari dua tetapi sehingga 7 ke 9 hari lamanya!

Advertisement

Menerusi perkongsian seorang individu ini di laman Twitter, dia ada bertanyakan mengenai keadaan rakannya yang diminta untuk hadir ke tempat kerja meskipun sudah dijangkiti COVID-19 kerana majikan tidak menerima permohonan cuti sakit jika tiada ‘MC’.

TwitterSumber : Twitter  
TwitterSumber : Twitter  

Meskipun rakannya itu sudah memberi salinan tangkap layar MySejahtera bukti Home Surveillance Order (HSO) yang diterimanya, namun pihak majikan tetap meminta sijil cuti sakit daripada klinik berdaftar.

Perkara itu kemudiannya telah mendapat perhatian Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia yang memaklumkan bahawa kuarantin yang dikeluarkan MySejahtera adalah sama seperti kuarantin yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada mereka yang dijangkiti wabak tersebut.

Jelas agensi itu lagi, majikan dikehendaki memberi cuti sakit kepada pekerja dan jika cuti itu telah habis, barulah boleh menggunapakai syarat cuti tanpa gaji.

Perkara sama turut dijelaskan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu ciapan di Twitter miliknya baru-baru ini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berkongsikan pengalaman yang sama iaitu sikap majikan yang enggan menerima HSO atau RO yang dikeluarkan kepada pekerja yang dijangkiti COVID-19.

Malah ada yang berseloroh agar pekerja yang dikehendaki masuk bekerja untuk tidak memakai pelitup muka serta ‘batuk atau bersin’ di hadapan majikan. Haha, janganlah macam tu..

Diharap para majikan di luar sana mengambil berat isu ini kerana wabak COVID-19 bukanlah perkara main-main serta menggunapakai saranan kerajaan agar tidak tercetus sebarang kluster baru di tempat kerja pula.

Gaji cikgu tutor rm27 ribu sebulan
2 years ago

Gaji 'Private Tutor' Cecah RM27,000 Sebulan, Netizen Kata Ramai Dah Salah Pilih Karier

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...