“Diorang Nak Berjimak Je Lebih” – Belum Mahu Kahwin, Ramai Bagi Komen ‘Double Meaning’ Pada Mimi Fly

Hiburan

“Diorang Nak Berjimak Je Lebih” – Belum Mahu Kahwin, Ramai Bagi Komen ‘Double Meaning’ Pada Mimi Fly

Baru-baru ini, penyanyi Mimi Fly memuat naik beberapa gambar di Instagram ketika dia pulang ke kampung halaman kekasihnya di Dallas, Texas, Amerika Syarikat.

Selepas lima tahun berpisah dengan bekas suami, Mimi akui kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki kulit hitam bernama Antonio Rozier.

Advertisement

Berita tentang Mimi dan kekasihnya itu mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada netizen di media sosial dan menerusi aplikasi Facebook, ramai lelaki dilihat memberikan komen ‘double meaning’ terhadap Mimi.

Beberapa komen daripada pengguna Facebook menyentuh berkenaan saiz kemaluan teman lelaki Mimi dan turut menyindir penyanyi tersebut dengan komen ‘double meaning’ masing-masing.

Ada yang turut mengkritik Mimi kerana beria-ia menjalin hubungan cinta dengan lelaki luar negara dan mendakwa orang Barat hanya bercinta untuk hubungan seksual.

Seorang individu turut mempersoal tindakan Mimi yang memakai bikini dan bergaul bebas serta sering berpesta sepanjang berada di sana.

Terdahulu, gambar dimuat naik oleh Mimi itu membuatkan segelintir netizen menganggap dia sudah berkahwin dengan lelaki berusia 40 tahun terbabit.

Bagaimanapun, Mimi menafikan dakwaan itu dan berkata dia belum memikirkan soal kahwin dan seronok menjalani hubungan jarak jauh bersama kekasihnya yang juga seorang doktor pakar tulang belakang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

abang bomba
2 years ago

"Wow N*nen!" - Video Abang Bomba Penuh Komen Wanita 'Gatal', Netizen Rasa Tak Selesa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...