“Dini Tak Boleh Tinggi Suara Dengan Saya” – Janna Nick Nafi Sengaja Buat Suara ‘Bayi’ Bila Bercakap Dengan Suami, Tak Suka Nada Tinggi

Hiburan

“Dini Tak Boleh Tinggi Suara Dengan Saya” – Janna Nick Nafi Sengaja Buat Suara ‘Bayi’ Bila Bercakap Dengan Suami, Tak Suka Nada Tinggi

Pelakon Janna Nick mendedahkan bahawa dia tidak boleh menerima jika suaminya, Dini Schatzmann bercakap dalam nada tinggi apabila berkomunikasi dengannya.

Ujar Janna, dia seorang yang sensitif dan tidak boleh tahan jika ada yang berbual dalam suara yang kuat, terutama sekali Dini.

Advertisement

Dulu Dini tidaklah cakap dengan nada lembut sangat. Saya tidak boleh dengan seseorang yang cakap dalam nada keras atau tinggi suara.

Lama kelamaan dia pun sudah terbiasa cakap begitu dengan saya. Kalau dia cakap kasar saya akan mudah terganggu dan rasa dia seorang panas baran.

Malah, suaminya itu juga mula mengadaptasi cara kehidupan dan mula sensitif dan terasa jika dia mula marah dan tertinggi suara.

Jadi, kami lebih selesa berkomunikasi sebegini. Kami juga bukan sengaja nak mengada-ngada berbual seperti bayi (manja) tetapi inilah diri saya. Saya tiada memori pada zaman kecil, jadi sekarang saya mahu cipta balik.

Janna dalam pada itu sempat memberi nasihat kepada orang ramai di luar sana untuk melayan pasangan dengan sebaiknya.

“Kami sudah lama bersama, romantik sudah tiada tetapi ini usaha. Kalau dia sudah lama tak rasa dilayan seperti permaisuri, saya akan suarakan padanya” ujarnya lagi.

Sekadar info, Janna Nick dan Dini Schatzmann telah selamat bergelar suami isteri pada pertengahan Jun tahun lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Emma Maembong
2 months ago

"Saya Dengan Fitnah Dah Macam 'Best Friend'"- Emma Maembong Malas Layan Dakwaan Mengamalkan 'Swinger' Dalam Perkahwinan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...