Dilayan Seperti Tiada Maruah, Noorkhiriah Kecewa Sikap Produksi Tawar Bayaran Berlakon Tak Masuk Akal

Hiburan

Dilayan Seperti Tiada Maruah, Noorkhiriah Kecewa Sikap Produksi Tawar Bayaran Berlakon Tak Masuk Akal

Pelakon berbakat, Noorkhiriah tampil meluahkan rasa kesal apabila dia menerima layanan tidak masuk akal daripada sebuah pihak produksi berikutan bayaran untuk lakonannya.

Ujar pelakon drama Nur ini, pihak produksi tersebut pada mulanya menawarkan bayaran yang telah dipersetujui bersama namun diubah tidak lama kemudian.

Advertisement
NoorkhiriahSumber : Instagram Noorkhiriah  

Berikutan itu, aktres itu terasa dilayan seperti orang yang dipijak-pijak maruahnya.

Rasanya kena luahkan juga, makin tak masuk akal payment shooting sekarang, dah elok-elok deal boleh tarik balik cakap salah deal.

Korang ingat saya ni tak ada maruah. Main tarik tali macam ini, tak nak cakap tak nak jangan main pijak macam ni. Lepas tu nak sangat cut bajet samapi majoriti pelakonnya extra, apa nak jadi?

Katanya lagi, dia sememangnya seorang yang serius ketika berkerja dan tidak bermain-main ketika menyampaikan tugas di dalam sesuatu penggambaran.

Luah Noorkhiriah, dia tidak berasa marah namun hanya kecewa kerana diperlakukan sedemikian rupa.

Perkongsiannya itu kemudian telah dipadam daripada laman Instagramnya tidak lama kemudian.

noorkhiriah
2 years ago

8 Tahun Penantian, Noorkhiriah Luah Rasa Syukur Berjaya Khatam Al-Quran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...