8 Tahun Penantian, Noorkhiriah Luah Rasa Syukur Berjaya Khatam Al-Quran

Hiburan

8 Tahun Penantian, Noorkhiriah Luah Rasa Syukur Berjaya Khatam Al-Quran

Pelakon, Noorkhiriah meluahkan rasa syukur apabila berjaya khatam Al-Quran setelah 8 tahun penantiannya sejak dari tahun 2013.

Noorkhiriah atau nama lengkapnya Noorkhiriah binti Ahmad Shapie menyifatkan penantiannya itu telah berakhir dan berharap Al-Quran miliknya yang telah terkoyak itu akan menjadi ‘saksinya’ di akhirat kelak.

Advertisement

Menurut pelakon yang popular dengan drama Nur itu, dia telah menyimpan niat sebelum meninggal dunia untuk berjaya khatam Al-Quran pada usia 42 tahun.

Maka berakhir penantian akak selama 8 tahun lebih kurang pukul 9 tadi..Allah aje yang tahu perasaan akak dik.

Jelas Noorkhiriah, walaupun dari tahun 2013, ada masa pegi, ada masa mengantuk, ada masa sibuk dengan dunia tetapi Allah Maha Baik.

Dipermudahkan malam ini. Moga Quran yang dah koyak yang akak sayang ni akan jadi saksi kat sana nanti. Akak akhirnya khatam al-quran setelah bertahun.

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata peminat dan rakan selebriti membanjiri ruangan komen pelakon itu dengan ucapan tahniah selain turut berasa terharu dengan perkongsian daripada Noorkhiriah.

“MasyaAllah Alhamdulillah, tahniah kak..!!” tulis seorang pengguna Instagram.

“Alhamdulillah… Tahniah, Kak.. Takpe lambat.. Kami yg dah lama khatam pun jarang-jarang juga buka Al-Quran… Moga istiqamah insyaAllah..” tulis seorang pengikut.

Baca: “Mana Ada orang Senang-Senang Bagi Duit, Scamalert” – Noorkhiriah Beri Amaran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...