Pengarah sensasi, Syamsul Yusof meluahkan rasa berang selepas dia dilabel sebagai lelaki kaki pukul oleh pelakon, Farid Kamil tanpa sebarang bukti.
Bukan itu sahaja, Syamsul menganggap tindakan Farid sebagai melampau kerana telah menyentuh mengenai keluarga, filem, dan menyebut nama bapanya, Yusof Haslam.
Malah, pengarah berusia 38 tahun itu turut mempersoalkan sekiranya perkara itu benar, mengapa dia tidak pernah berhadapan hukuman penjara diatas kesalahan tersebut.
Sedar tak, kenapa saya tak masuk penjara ni? Kenapa aku tak masuk penjara macam kau? Minta maaf cakap, sebab buktinya tak ada lagi.
Dalam pada itu, Syamsul berkata dia enggan membongkar kisah peribadi Farid kerana bimbang pelakon berusia 39 tahun itu akan menanggung malu besar.
Kalau saya buka cerita lama, malu pihak sebelah sana. Kalau aku cakap menangis tak sudah kau bro. Kau dah main hati dan perasaan.
Dalam pada itu, suami kepada Puteri Sarah Liyana itu turut meluahkan simpati terhadap Farid yang sedang berdepan masalah rumah tangga bersama isterinya, Diana Danielle.
Sorry about that. Tapi itulah, saya tak tahu dia ni apa hal, daripada dulu, apa masalah dia dengan saya pun tak tahulah.
Malah, Syamsul memaklumkan dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Farid.
Tak puas hati kita jumpa di mahkamah, ikut undang-undang. Kenapa nak tunjuk kau lagi bagus daripada aku ke?
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.