Dikritik Ketika Buat Kerja Amal, Zara Zya Ditegur Tak Pandai Guna ‘Water Jet’

Hiburan

Dikritik Ketika Buat Kerja Amal, Zara Zya Ditegur Tak Pandai Guna ‘Water Jet’

Pelakon Zara Zya baru-baru ini ada ditegur peminat prihatin apabila dia dilihat kekok ketika melakukan kerja pembersihan sebuah dewan yang terjejas akibat banjir yang melanda beberapa buah negeri, baru-baru ini.

Meskipun dikritik di saat dirinya melakukan kerja amal, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata dia enggan mengambil pusing komen-komen tersebut dan hanya ingin fokus kepada misi bantuan banjir.

Advertisement

Saya turun padang beri bantuan dengan membawa amanah orang ramai yang beri sumbangan. Jadi, siapa yang negatif kita tolak tepi.

Bukannya nak buat tutorial, tapi asalkan dua jam setengah dewan itu sudah bersih, tu yang penting.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial telah memberi komen yang mengatakan Zara tidak pandai menggunakan ‘Water Jet’ ketika proses membersihkan lumpur dalam dewan tersebut.

Dalam perkembangan lain, pelakon drama Love You Mr Arrogant ini memaklumkan bahawa dia bersama pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia Prihatin telah memulakan misi bantuan banjir sejak 20 Disember lalu.

Dia difahamkan telah turun padang bagi meninjau kawasan terjejas di sekita Temerloh, Pahang dan turut memberi bantuan barang, tenaga dan juga emosi (trauma healing).

Zara Zya
2 years ago

Zara Zya Gembira Ramai Terhibur Dengan Dialog Spontannya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...