June 11th, 2015

Dikritik hebat oleh sesetengah pengguna di  laman sosial kerana memuat naik foto berseluar ketat di laman Instagram  baru-baru ini, Emma telah tampil memberikan komen mengenai isu tersebut dan meminta agar peminat memberikan beliau masa dan sedikit ruang untuk berubah.

Emma berubah secara perlahan-lahan, tidak ada orang berubah akan terus pakai purdah sampai buka mata dua. Daripada Emma tak berubah lebih baik Emma berubah secara perlahan-lahan. Mengenai seluar ketat rasanya ramai lagi orang pakai sebegitu dan bukannya Emma seorang.

Apabila beliau membuat keputusan untuk berhijab tidak lama dahulu, Emma tidak dipaksa oleh mana-mana pihak ataupun sekadar ingin mengikut trend semata-mata. Buat Emma, beliau tidak mahu terburu-buru dalam melakukan perubahan dan mahu mengambil langkah demi selangkah ke arah yang lebih baik.

Semua orang pun sama kalau orang itu sebelum ini yang merokok dan mahu berhenti dia akan perlahan-lahan berhenti begitu juga dengan Emma. Emma sendiri baru sahaja berhijab dan bukannya berhijab untuk mengikut trend ke apa. Itu semua atas kehendak Emma sendiri yang mahu berubah secara perlahan-lahan.

Pada masa yang sama, Emma memberitahu beliau tidak terjejas ataupun tertekan dengan kritikan ramai daripada media sosial kini kerana menganggap ia sebagai satu lumrah kehidupan yang harus dihadapi pada zaman moden ini.

Kita tidak boleh harapkan seseorang itu untuk berubah secara drastik hanya untuk memuaskan hati orang lain. Lebih baik untuk Emma melakukan sesuatu lahir daripada hatinya sendiri dan beliau merasa selesa dengan keputusan beliau.

 

 


Comments are closed.

Loading...