June 10th, 2015

Sebagai seorang selebriti yang diminati ramai, segala tindak tanduk dan penampilan Emma Maembong sering menjadi perhatian peminat. Baru-baru ini, beberapa orang peminatnya telah menegur cara beliau berpakaian yang agak ketat dan tidak sesuai dengan imej sebagai seorang wanita bertudung.

Ada yang menasihatkan agar Emma menutup auratnya di seluruh tubuh badan dan bukan hanya  sekadar menutup kepala.

Emma bagaimanapun nampaknya tidak cepat melatah atau mengeluarkan kata-kata kesat pada bahagian komen terhadap peminat yang menegur  beliau di Instagram.

Mungkin teguran peminat kepada Emma adalah kerana mereka sayang pada pelakon tersebut. Tidak salah pun untuk memberikan nasihat asalkan tidak mengeluarkan kata-kata berbaur sindiran. Walaubagaimanapun, Emma atau mana-mana selebriti bertudung yang lain seharusnya mengetahui fesyen apa yang sesuai dengan mereka.

 


Comments are closed.

Loading...