Dikejar Orang Awam Lepas Langgar ‘Food Rider’, Pemandu Saga Ditarik Keluar Kereta & Dipukul Hingga Maut

Hiburan

Dikejar Orang Awam Lepas Langgar ‘Food Rider’, Pemandu Saga Ditarik Keluar Kereta & Dipukul Hingga Maut

Tular rakaman mempamerkan orang awam berkumpul dan mengerumuni jalan di satu kawasan perumahan di mana satu kejadian tragis berlaku menyebabkan satu nyawa melayang.

Menurut laporan, seorang lelaki dilaporkan maut selepas diserang dan dipukul oleh orang awam yang mengamuk gara-gara dia langgar lari.

Advertisement

 

Terbaring atas jalan, ada kesan tangan diikat

Difahamkan, lelaki berusia 42 tahun itu telah melanggar seorang penghantar makanan sebelum dikejar oleh orang awam dipercayai kerana cubaan melarikan diri.

Mangsa yang memandu Proton Saga itu dikejar sehingga ke Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang sebelum keretanya terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan tersebut.

Kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, siasatan awal mendapati mangsa terbaring di atas jalan dengan kesan pergelangan tangan seperti diikat.

 

Dikejar orang awam dan terbabas

Menurut saksi di tempat kejadian, mangsa ditarik keluar daripada keretanya sejurus selepas terbabas oleh sekumpulan lelaki yang bertindak memukulnya.

Kemudian, tangan mangsa diikat sambil terbaring di tengah jalan berhampiran kenderaan, namun apabila kenderaan Peronda Polis (MPV) tiba, semua individu di lokasi mulai beredar.

Pihak perubatan yang tiba kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia dan pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman turut hadir ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan lanjut.

 

Suspek dah ditahan

Beberapa sampel darah dan kesan cap jari telah diambil dan polis turut merampas dua utas gumpalan tali berwarna hijau/coklat untuk siasatan.

Bertindak atas maklumat dan siasatan, polis menahan lima lelaki berusia 25 hingga 52 tahun pada 2.05 pagi tadi di sekitar Semenyih dan Beranang.

Kesemua mereka direman sehingga 25 Februari bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Zaid memaklumkan sehingga kini tiada pihak yang tampil untuk membuat laporan berhubung kejadian kemalangan pertama membabitkan penghantar makanan tersebut.

langgar lari tanpa tinggal nota
2 years ago

"Ni Minta Maki Kak" - Pilih 'Viral' Dahulu Sebelum Lapor Polis, Mangsa Langgar Lari Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...