“Ni Minta Maki Kak” – Pilih ‘Viral’ Dahulu Sebelum Lapor Polis, Mangsa Langgar Lari Dikecam Netizen

Kehidupan

“Ni Minta Maki Kak” – Pilih ‘Viral’ Dahulu Sebelum Lapor Polis, Mangsa Langgar Lari Dikecam Netizen

Insiden langgar lari ini sering kali berlaku di kalangan masyarakat dan ia juga selalu dikongsikan di dalam platform media sosial jika berlaku pada seseorang.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsikan kisahnya apabila kereta beliau telah dilanggar oleh seseorang, namun si pelaku hanya tinggalkan begitu saja tanpa meninggalkan sebarang nota ataupun permohonan.

Advertisement

langgar lari tanpa tinggal nota

Bagaimanapun, wanita itu bernasib baik kerana ada saksi yang melihat kejadian terbabit meninggalkan nota yang mengandungi nombor pendaftaran pelaku berkenaan.

Kerana berang dengan apa yang berlaku, wanita itu telah berkongsikan kejadian yang terjadi di dalam platform Twitternya. Namun, perkongsiaan itu tidak diterima baik oleh orang ramai.

langgar lari tanpa tinggal nota

Melalui artikel mStar, difahamkan warganet kebanyakkan mempersoalkan tindakan wanita itu untuk memilih menularkan dari melaporkan kejadian yang berlaku kepada pihak polis.

Menurut netizen, pastikan selesai dengan pihak berkuasa dahulu kerana itu merupakan perkara asas jika adanya kejadian yang dihadapi olehnya berlaku.

Sedar dirinya telah dikecam oleh ramai warganet, wanita itu mengehadkan ruangan komen agar tiada lagi komen negatif diterima olehnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

gimnasium
6 bulan lalu

(VIDEO) "Pengotor Betul"- Geng Abang 'Sado' Pindah Air Dalam Mulut Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...