Dikecam Kerana Video “Menggigil”, Ardell Aryana Tak Keluar Beberapa Hari

Hiburan

Dikecam Kerana Video “Menggigil”,  Ardell Aryana Tak Keluar Beberapa Hari

ummmmm. Abang Nara pun selepas berkahwin memang beberapa hari tak keluar rumah. Iyerlah, banyak “benda” baru nak dipelajari. Tapi untuk Ardell Aryana ini lain pula sebabnya. Ini semua angkara video dirinya menggigil menjadi viral ketika suaminya, Nadzmi Adhwa menyarungkan cincin di jari ketika majlis perkahwinan mereka baru-baru ini.
ardell

Susulan penularan video tersebut, ramai netizen yang mengecam dan membuat video parodi reaksi Ardell yang pertama kali disentuh suaminya. Malah ada yang mempersoalkan keaslian reaksinya kerana sebelum ini pasangan suami isteri itu dilihat pernah merakamkan video berkaraoke di dalam kereta. Ejekan seperti “Nie menggigil ke kena penyakit Parkinson”, “tue baru pegang jari, belum pegang benda lain” serta “nanti malam pertama gigil dia macammana plak” telah dilemparkan dengan kejamnya oleh netizen kepada Ardell sehingga menyebabkan pelakon ini tertekan dan enggan keluar dari rumah.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

Malu-malu sampai terketar ? tahniah @nadzmiadhwa @ardellaryana

A post shared by BeautifulNara.com (@beautifulnaradotcom) on

Kata Ardell:-

Pertama kali, saya minta maaf kalau video pernikahan kami tular sehingga ada yang membuat parodi dan ada juga yang menghina dengan mengatakan saya ini perempuan cacatlah, parkinson dan macam-macam lagi.

Sebenarnya saya dan suami tidak berniat apa-apa untuk melakukan drama walaupun kami berdua pelakon. Bila momen suami saya cakap ‘saya terima nikahnya’ selepas lafaz akad nikah itu saya rasa semuanya sudah berubah.

Mereka bertanya mengenai keadaan badan saya ketika itu. Disebabkan itu, saya tak keluar rumah untuk beberapa hari. Selepas dipujuk suami, saya makan di Shah Alam.

Tapi jadi paranoid apabila ada satu kumpulan remaja dalam kereta berhenti semata-mata nak rakam dan gelakkan kami. Ia sudah dikira seperti membuli. Maknanya, video yang tular itu memberi impak yang besar, bukan sahaja dikecam di laman sosial tapi di umum pun kena juga.

Jadi, saya mohon henti buat parodi dan kecam

ardel

Biasalah netizen sekarang memang “LEBIH TAHU” apa yang terjadi berbanding empunya badan sendiri. Tak apalah Ardell. Yang penting anda tahu bahawa gigilan tersebut bukanlah lakonan, sebaliknya satu reaksi yang genuine. Bukan dibuat-buat. Semoga selepas ini anda dan suami boleh keluar rumah dengan tenang. Kepada para netizen, boleh dah kita berhenti mengecam pasangan ini. Kesian pulak kat diorang kan? Sumber Forum Cari.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...