Dikecam Teruk Kerana Penampilan Seksi, Ibu Puteri Balqis Jawab Tuduhan Anak Keluar Agama

Hiburan

Dikecam Teruk Kerana Penampilan Seksi, Ibu Puteri Balqis Jawab Tuduhan Anak Keluar Agama

Sejak beberapa hari yang lalu, pelakon remaja Puteri Balqis teruk dikecam oleh netizen atas kerana penampilannya yang dikatakan sudah terpesong dari agama dan baru-baru ini, ibu kepada pelakon itu tampil mempertahankan anaknya.

Norashikin atau nama sebenarnya, Norashikin Mohd. Aziz membalas teguran daripada seorang ustaz mewakili warganet yang sejak minggu lalu tidak berhenti mengkritik dan mempersoalkan imej Puteri Balqis sehingga ada yang mengatakan pelakon muda itu sebagai remaja bermasalah.

Advertisement

Menjawab tuduhan tentang keluar dari agama Islam kerana dipengaruhi golongan Kristian, Norashikin secara tegasnya berkata dia tidak akan sesekali membiarkan anak perempuannya melakukan hal seperti itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)

Sedar akan kekhilafan dirinya mencacah tatu pada badan, dia sama sekali tidak akan membenarkan Puteri Balqis melakukan kesalahan yang sama yang pernah dilakukan oleh dirinya itu.

Dalam pada itu, ibu tunggal itu turut mengakui kehidupannya seringkali dikelilingi dengan persekitaran yang tidak baik kerana manusia-manusia yang suka cakap buruk soal diri beliau.

Kami di sekelilingi dengan penuh pengumpat dan pencela. Kami lari dari golongan manusia yang selepas sujudnya, selepas meraung berdoa, lalu mereka kembali berkumpul menghina sesama manusia.

Sebelum ini, penampilan pelakon yang pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Televisyen Asia ke-19 itu menarik perhatian warganet apabila dia memuat naik foto memakai skirt pendek dan berstoking panjang berwarna hitam yang dihiasi corak tengkorak dalam Instagram miliknya.

12 bulan lalu

"Dia Tak Dididik Dengan Cara Islam Sejak Kecil" - Netizen Risau Tengok Penampilan Terbaru Puteri Balqis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Tak paham ke?

    January 10, 2022 at 2:08 pm

    Anon juga… Ape salah tulisan anon tue ye? Ko pandai baca ke x? Die ckp betul la… Bukan die mengata, maksud die cara mak n anak tue berpakaian terdedah, cacah tatu xberapa nak betul, tapi die memiliki hati yang baik n die berharap semoga diowg dpt menghargai n myygi dgn cara yg betul diri diowg.. Ape slhnyer? Ape yg taubat2 ni? Die xkate die malaikat mesti masuk syurga.. Adohhhhhhh

  2. Anon juga

    December 28, 2021 at 2:54 pm

    Anon 4.57 … Ko dah bertaubat ke ? Dah gerenti ke diri masuk syurga … Entah ko keneraka dia ke syurga ?

  3. Anon

    December 28, 2021 at 1:30 pm

    Nicely written. Bertabahlah Balqis. Reading your mom’s life moved deeply. Your mom dah masak kehidupan dunia… Harap Balqis dan mommy terima diri, sayangi diri dan dapatkan semula 100% keyakinan diri untuk hidup baik2. Good luck Balqis. Cuma do not provoke masyarakat sebab aliran awak tidak berapa mengalir di jalan yang sama. What i see is good heart. That is that matter.

  4. Anonymous

    December 27, 2021 at 4:57 pm

    Bertaubat lah selagi masih hidup & semoga sentiasa istiqomah. Aamiin.

Loading...