July 24th, 2017

Baru-baru ini Datuk Aliff Syukri menerima kecaman daripada netizen gara-gara beliau memuat naik video sedang makan ditengah-tengah kawasan lapang di Switzerland sambil menunjukkan jam tangan Rolex yang baru sahaja beliau beli.  Merasa sedih kerana menerima pelbagai komen negatif, Datuk Aliff  menerusi akaun Instagramnya menjelaskan beliau hanya bergurau sahaja.

Kenapa lah orang melayu ni suka mengutuk, saya bergurau pasal jam Rolex . Itu pun boleh jadi issue gara- gara makan di lantai cuba tengok balik video itu. Kalau korang tahu dan biasa ke oversea tau lah kenapa saya buat macam ini. Saya pergi  by group lebih 13 orang kalau 12 hari nak makan kat luar,  mahu 70k-100k untuk makan sahaja, jadi tak salah kan kalau saya nak berjimat.

Walaupun dikritik masih ada lagi netizen yang menghormati sikap rendah diri Datuk Aliff dan sentiasa bersahaja meskipun sedang bercuti di negara orang.

Kalau hendak selalu fikirkan persepsi orang terhadap diri kita setiap hari memanglah susah. Ibarat tiada kebebasan untuk diri sendiri  bukan? Biarlah orang mengata asalkan apa yang dilakukan tidak salah. Datuk Aliff pun sudah memberitahu ia sekadar gurauan jadi tidak perlu lah untuk terus mengecam beliau.


Comments are closed.

Loading...