Korang Yang Kutuk Saya Tu, Ada Tak Jam Rolex? – Datuk Aliff Syukri

Hiburan

Korang Yang Kutuk Saya Tu, Ada Tak Jam Rolex? – Datuk Aliff Syukri

Umum mengetahui Datuk Aliff Syukri memang seorang yang bersahaja dan pernah makan bersila di lapangan terbang dan membawa bekalan daripada Malaysia untuk masak didalam hotel ketika bercuti di luar negara.

Advertisement

Sedang bercuti bersama keluarganya di Switzerland, Datuk Aliff berkongsi video mereka sekeluarga menikmati masakan air tangannya sendiri dan isteri, Datin Shahida di tengah-tengah kawasan lapang di Switzerland.  Siap duduk bersila dan susun lauk pauk yang dibawa bekal.

Dalam video itu juga, Datuk Aliff sempat menunjukkan jam tangan jenama Rolex yang baru sahaja dibeli serta cincin berlian 4 karat dan bergurau mengenai netizen yang selalu ingin mengutuk dirinya.

Takpelah korang kutuk,kutuk lah aku nak makan kat mana pun. Yang penting aku pakai cincin berlian 4 karat, aku pakai jam Rolex baru beli ni. Kutuk,kutuk, tak ape, kutuk lagi selagi mampu. Korang yang kutuk kutuk tu ada tak jam Rolex-nya? Takde, kan? Jahatlah, gurau je.

Bukan semua yang mampu menerima gurauan Datuk Aliff tetapi kali ini agak ramai juga yang menyokong kata-kata beliau.

Win juga ayat Datuk Aliff kali ini walaupun dalam nada bergurau. Apa-apa pun, semoga beliau dan keluarga menikmati percutian bersama di Switzerland.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...