Selepas dikecam teruk kerana membenarkan anak-anaknya menyambut perayaan Halloween, aktres Rita Rudaini memuat naik pula video anaknya sedang mengaji dengan kapsyen membidas komen-komen “haters” terhadap dirinya. Dalam kapsyen yang ditulis oleh Rita, beliau tidak kisah apabila menerima kecaman dan menganggap ia satu “hiburan” untuk tidak rasa bosan.
Isu sambutan Halloween ini mencetuskan pelbagai persoalan daripada segi hukum agama sekiranya seorang Muslim itu menyambutnya.
Untuk memberikan info jelas mengenai apa itu Halloween dan hukum menyambut perayaan tersebut, berikut kami sertakan penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri :-